Monday, March 7, 2011

abseiling?????

assalamualaikum....bertemu kembali...aktiviti camp sudah lame berlalu kini aktiviti seterusnya yang akan bakal dilalui ialah abseiling...pada kali ini bkn en hisyam yg mengajar kami tetapi En Muhammad Ridzwan bin Zakaria yg menggantikan tempatnya...hal ini kerane En hisyam ade hal kecemasan...pada pg itu die menerangkan ttg aktiviti yg akan bakal kami lakukan ini iaitu abseiling...

Repailing/Abseiling
Rappeling/abseiling adalah salah satu aktiviti untuk kita berekreasi. Selain dari hal itu, dengan cara ini juga kita boleh menyelamatkan mangsa. Ini terbukti bahawa aktiviti ini adalah bukan untuk berekreasi, berseronok atau berfoya-foya semata-mata, dengan teknik atau aktiviti ini juga dapat membantu untuk menyelamatkan mangsa. Berberapa peralatan telah dicipta mengikut keperluan dan penggunaan masing-masing. Antaranya ialah :


Alat-alat untuk Abseiling/Rappeling

1. Safety Helmet (Topi Keselamatan)




- digunakan sebagai pelindung kepala
- tahan hentakan
- bersifat ringan

2. Karabena




- kegunaannya adalah sebagai alat penghataraan untuk menyambung daripada satu alat ke alat yang lain.
- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.

3. Pulley

- kegunaanya adalah untuk mengurangkan keberatan bebanan.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.
- kemampuan bebanan bergantung pada kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.

4. Figure of Eight

- digunakan untuk turun sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.


5. Glove


- digunakan semasa reppeling/abseiling.
- digunakan untuk mengalas tangan dan mengelakkan tangan daripada cedera atau melecet.

6. Seat Harnes


- alat untuk menyokong tubuh.
diperbuat daripada nylon atau polyster.

7. Full Seat Harnes


- digunakan untuk menyokong tubuh.
- diperbuat daripada nylon atau polyster.
- lebih sesuai untuk kegunaan mangsa semasa kerja menyelamat dijalankan.

8. Juma @ Jammer


- digunakan untuk naek sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg.
- mempunyai gigi cengkam yang kuat.
- dibuat khusus kiri dan kanan.

9. Stopper


- digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.

10. Rack

- digunakan untuk turun sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.

11. Sling



- digunakan sebagai tali penghantaraan.
- diperbuat daripada nylon atau polyster.
- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.

12. Kernmantle Rope

- terdapat 2 jenis tali yang biasa digunakan semasa reppeling/abseiling iaitu:

a) Static Rope

- tidak menganjal
- sesuai untuk teknik "flying fox"

b) Dynamic Rope


- tali yang bersifat keanjalan
- sesuai digunakan pada permukaan yang berbukit dan tajam.

No comments: